Saya merupakan penghuni sebuah bilik di aras 3 Blok Fatimah di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato'Razali Ismail. Bilik berkenaan terletak betul-betul di hadapan tangga. Pada suatu malam yang hening dan dingin, saya melelapkan mata lebih awal daripada kebiasaan dek kerana keletihan akibat bermain bola sepak pada sebelah petang. Ketika melabuhkan badan saya ke atas katil, saya terus terlelap dan dibuai mimpi. Sekitar jam 3 pagi, saya terjaga daripada tidur kerana kesejukan. Dalam keadaan yang mamai, mata saya melilau memandang keadaan persekitaran bilik yang pada ketika itu sangat gelap dan hanya kelihatan cahaya yang samar-samar daripada luar bilik kerana langsir bilik yang tidak ditutup. Lama-kelamaan, mata saya mula menyesuaikan diri dengan persekitaran bilik dan ketika saya menarik blanket untuk kembali tidur, saya perasan bahawa pintu bilik saya tidak berkunci dan pintu tersebut sedikit terkuak. Saya berasa marah akan rakan sebilik saya kerana dia tidak menutup pintu bilik sebelum tidur. Saya berasa was-was untuk pergi menutup pintu bilik kerana saya terbayangkan pelbagai kisah misteri dan mistik. Ketika saya ingin melangkah ke pintu bilik, pintu tersebut ditolak dari luar secara tiba-tiba. Jantung berdegup dengan kencang secara automatik dan saya mulai cuak. Tiba-tiba muncul lembaga hitam di sebalik pintu tersebut sambil tersenyum menayangkan gigi-giginya yang tajam. Makhluk tersebut berpewatakan seakan-akan watak venom. Saya terpaku dan cuba menyedarkan diri jika ianya adalah sebuah mimpi, malangnya ia adalah realiti. Dalam sekelip mata, makhluk tersebut lesap. Kemudian saya kembali ke katil dalam keadaan terpinga-pinga sehingga waktu subuh. Sesungguhnya, ia merupakan sebuah pengalaman yang pahit.
Kisah yang Menyeramkan
Sunday, 23 September 2018

Subscribe to:
Posts (Atom)